Sunday 5 April 2015

Masalah

Assalamualaikum.

Masalah.
Semua orang akan ada dan pernah hadapi masalah kan? Kalau ada masalah, kita pilih untuk berkongsi pada orang lain ke tak? Selama mana kita mampu simpan masalah tu sendiri agk nye?? Takde jwapan kan? Tapi knape takde jwpan?

Masalah tu semua yang hdup dekat muka Bumi Allah ini akan hadapi masalah. Tak kira masalah tu kecil atau besar. Nak tak nak, kena jugak hadap. Kalau lari, sejauh mana je mampu lari. Akhirnya, tak selesai jugak kan. So kena lah hadap dan selesaikan.

Ini sekadar pendapat aku. Bila ada masalah, sebenarnye sebaik baik tempat mengadu ialah Allah SWT. DIA yang MAHA MEMAHAMI hamba hambaNya. Luahkan semuanya pada DIA. In shaa Allah, kalau masalah blum slesai pn, skurang kurang nye terluah sdikit rasa dlam hti tu. Tak de la murung je all day. Tak memasal sbb muke ketat kite, org lain plak y trkena tmpias. Kan dh slah fham plak.

Aku tak menafikan..kadang kadang ada ketikanya, aku sendiri perlukan sahabat untuk kongsi masalah aku. Tapi kalau aku, aku cari yang pling memahami. Bukan y pling rapat or lame kenal. Yelah, bukan usia perkenalan tu alasan utk seseorang tu faham kita kan. Manusia ni berubah.

Bukan sbb xperlukan Sang Pencipta. Tapi hanya ingin berkongsi duka dgn sahabat. Kadang kadang rasa lega bila berkongsi dgn sahabat. Sekurang kurang nya dia tahu kenape ade mase mase kita masam muka or bad mood. Sahabat tu lah yg akan cuba utk happykan kita masa tu. Dialah yg akn buat kita sibuk tanpa memikirkan sgt mslah kita.

Lain org lain cara handle mslah kan? So, ini hanya sekadar peringatan. Hadapi masalah dengan baik. Jangan lari dari masalah. Sejauh mana pun kita lari, tu bukan jalan penyelesaian untuk stiap msalah. Semoga kita semua dipermudahkan untuk selesaikan masalah.

Sekian~

Monday 23 February 2015

Terima Kasih

Bahagia
Gembira
Alhamdulillah..
Aku masih rasa semua itu
Walaupun tak sentiasa

Terima kasih
Sebab buat aku tersenyum lagi
Sebab beri peluang aku lebih kenal kau
Sebab sayangkan aku
Sebab ambil berat pasal aku

Lama aku simpan rindu
Sampai sekarang masih rindu lagi
Tak mengapa
Biar aku simpan
Walaupun kadangkala pedih simpan rindu
Tapi akan ada manisnya nanti
Aku percaya itu

Bahagia itu aku tak mampu nak ucap
Hanya mampu dirasai
Dan aku bersyukur
Sebab selepas 3 tahun kenal kau
Aku masih rasa bahagia itu
Walaupun tak sentiasa

Tak mengapa
Aku faham kenapa tak sentiasa rasa bahagia itu
Kau manusia biasa
Begitu juga aku
Sama sama perbetulkan kesilapan

Semoga kita sama sama bahagia
Nanti kita jumpa lagi
Nanti kita berkenalan lagi
Nanti kita senyum lagi
Nanti kita ketawa sama sama

Sayang kau En Kesayangan

Sekian~


Friday 6 February 2015

Mohon maaf

Mohon maaf
Sering diucap dan didengari
Ikhlas atau tidak kau melafazkannya
Ikhlas atau tidak kau menerimanya

Faham andai susah ingin menerima
Kerna sekali kau disakiti
Ambil masa untuk pulih
Tak campur lagi dengan rasa serik disakiti
Maka, ambillah masa untuk kau benar benar menerima kemaafan itu
Biar ikhlas semuanya

Kadang kadang bukan kemahuan kita untuk berasa yang tidak baik terhadap seseorang
Pernah dengar tak sikap manusia yang tak pernah rasa puas hati dengan apa yang dia punya?
Ya..manusia akan selalu begitu..
Tapi bagaimana cara dia untuk memenuhi keinginannya itu yang berbeza
Sama ada kau merampas milik orang mahupun kau berusaha dengan cara yang betul..

Kalau dengki itu mula lahir dalam hati
Mohon kau melawan
Mohon kau menolak sekuat kuatnya
Mohon kau kuat untuk menghalau dari rasa itu singgah di hati
Mohon wahai diri
Banyak lagi yang kau perlu lakukan dan fikirkan
Dari membela rasa jahat itu

Aku tahu kau tak bersalah
Kau hanya berkongsi apa yang kau rasakan di hari harimu
Tak mengapa..salah aku.
Bukan salah kau..

Aku mohon maaf
Kerna aku ambil keputusan untuk jauhkan diri dari kau
Supaya aku tak membenci
Supaya aku tak iri hati
Supaya aku tak punya rasa tidak baik terhadap kau

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

aku minta nasihat kawan aku yang aku kenal since form 2. dia pesan kat aku macam ni

"biar,positif,belajar"

Biar - abaikan apa yang dia nak buat, itu hidup dia, dia ada life dia, awak ada life awak, buat macam biasa, selesakan diri sendiri, tak perlu ikut orang lain kalau benda tu mengganggu emosi atau dikenali sebagai hipokrit,simple.

Positif - tak perlu nak jauhkan diri kalau dua dua dah jadi kawan, buat apa putuskan hubungan sesama kawan, padahal dia tak kacau hidup kita pun, kan? so tak guna amik tahu 100% perjalanan hidup dia, gaya dia, lain orang lain gaya,betul?

Belajar - belajar dari dia apa yang baik supaya kita dapat ubah diri kita dari baik ke lebih baik dan terbaik dan seterusnya, bukan sekadar menjadi pemerhati gerak geri dia saje, betul?

p/s : maafkan aku.ini salah aku.bukan salah kau.aku tak berterus terang dengan kau bukan sebab aku tak berani untuk berterus terang.tapi aku dapat bayangkan apa kesannya bila aku berterus terang sedangkan masalah ini berpunca dari diri aku sendiri.

aku mohon maaf Cik M :'(

sekian ~

Tuesday 27 January 2015

Biar kekal

Kenangan
Ada yang manis
Ada yang pahit
Mencorak hidup setiap manusia

Apa reaksimu saat mengimbau kenangan pahit?
Adakah mengalir air jernih di pipi
Atau sekadar senyum tawar
Apa yang kau fikirkan saat kenangan itu diimbau
Kau berharapkah masa itu berputar
Supaya kau dapat memperbetulkan kesilapan lalu
Atau kau berusaha untuk memadamkannya dari kotak memori

Wahai sayang..
Jangan kau seksa diri sendiri
Biarkan kenangan itu memenuhi kotak memorimu
Ambil ia sebagai penguat semangatmu
Ingat kembali saat dirimu jatuh
Kau kuat hadapi segala yang pahit itu dulu
Kenapa kau mahu buang kenangan pahit itu??
Tak sakitkah hatimu saat engkau ingin memadamkannya??
Setiap yang Sang Pencipta takdirkan itu ada hikmahnya

Pegang itu
Jangan biar dirimu lemah hanya kerana yang pahit
Manusia kelilingmu boleh berkata mudah
Tapi yang merasa sakit itu adalah KAMU
Jangan kau tergopoh untuk melupakan yang pahit itu

MELUPAKAN
Bukan sesuatu yang mudah untuk dilakukan
Beranikah kau sakit
Sakit itu tak nampak darahnya
Sakit itu tak nampak lukanya
Sakit itu tak ada ubatnya
Sakit itu sembuh mengikut masa

Boleh kau nyatakan padaku
Berapa lama masa yang kau perlukan untuk melupakan yang pahit itu
Tak terkira dan tak akan dapat dianggar
Walaupun kau jumpa sesuatu yang bahagia
Yang pahit itu tetap mengikut

Maka kekalkanlah PAHIT itu dalam kotak memori
Sebagai pencorak hidupmu dan penguat semangatmu