Monday 23 February 2015

Terima Kasih

Bahagia
Gembira
Alhamdulillah..
Aku masih rasa semua itu
Walaupun tak sentiasa

Terima kasih
Sebab buat aku tersenyum lagi
Sebab beri peluang aku lebih kenal kau
Sebab sayangkan aku
Sebab ambil berat pasal aku

Lama aku simpan rindu
Sampai sekarang masih rindu lagi
Tak mengapa
Biar aku simpan
Walaupun kadangkala pedih simpan rindu
Tapi akan ada manisnya nanti
Aku percaya itu

Bahagia itu aku tak mampu nak ucap
Hanya mampu dirasai
Dan aku bersyukur
Sebab selepas 3 tahun kenal kau
Aku masih rasa bahagia itu
Walaupun tak sentiasa

Tak mengapa
Aku faham kenapa tak sentiasa rasa bahagia itu
Kau manusia biasa
Begitu juga aku
Sama sama perbetulkan kesilapan

Semoga kita sama sama bahagia
Nanti kita jumpa lagi
Nanti kita berkenalan lagi
Nanti kita senyum lagi
Nanti kita ketawa sama sama

Sayang kau En Kesayangan

Sekian~


Friday 6 February 2015

Mohon maaf

Mohon maaf
Sering diucap dan didengari
Ikhlas atau tidak kau melafazkannya
Ikhlas atau tidak kau menerimanya

Faham andai susah ingin menerima
Kerna sekali kau disakiti
Ambil masa untuk pulih
Tak campur lagi dengan rasa serik disakiti
Maka, ambillah masa untuk kau benar benar menerima kemaafan itu
Biar ikhlas semuanya

Kadang kadang bukan kemahuan kita untuk berasa yang tidak baik terhadap seseorang
Pernah dengar tak sikap manusia yang tak pernah rasa puas hati dengan apa yang dia punya?
Ya..manusia akan selalu begitu..
Tapi bagaimana cara dia untuk memenuhi keinginannya itu yang berbeza
Sama ada kau merampas milik orang mahupun kau berusaha dengan cara yang betul..

Kalau dengki itu mula lahir dalam hati
Mohon kau melawan
Mohon kau menolak sekuat kuatnya
Mohon kau kuat untuk menghalau dari rasa itu singgah di hati
Mohon wahai diri
Banyak lagi yang kau perlu lakukan dan fikirkan
Dari membela rasa jahat itu

Aku tahu kau tak bersalah
Kau hanya berkongsi apa yang kau rasakan di hari harimu
Tak mengapa..salah aku.
Bukan salah kau..

Aku mohon maaf
Kerna aku ambil keputusan untuk jauhkan diri dari kau
Supaya aku tak membenci
Supaya aku tak iri hati
Supaya aku tak punya rasa tidak baik terhadap kau

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

aku minta nasihat kawan aku yang aku kenal since form 2. dia pesan kat aku macam ni

"biar,positif,belajar"

Biar - abaikan apa yang dia nak buat, itu hidup dia, dia ada life dia, awak ada life awak, buat macam biasa, selesakan diri sendiri, tak perlu ikut orang lain kalau benda tu mengganggu emosi atau dikenali sebagai hipokrit,simple.

Positif - tak perlu nak jauhkan diri kalau dua dua dah jadi kawan, buat apa putuskan hubungan sesama kawan, padahal dia tak kacau hidup kita pun, kan? so tak guna amik tahu 100% perjalanan hidup dia, gaya dia, lain orang lain gaya,betul?

Belajar - belajar dari dia apa yang baik supaya kita dapat ubah diri kita dari baik ke lebih baik dan terbaik dan seterusnya, bukan sekadar menjadi pemerhati gerak geri dia saje, betul?

p/s : maafkan aku.ini salah aku.bukan salah kau.aku tak berterus terang dengan kau bukan sebab aku tak berani untuk berterus terang.tapi aku dapat bayangkan apa kesannya bila aku berterus terang sedangkan masalah ini berpunca dari diri aku sendiri.

aku mohon maaf Cik M :'(

sekian ~